Wednesday 17 July 2013

Keputusan Biopsi

Assalamualaikum.

Mak aii, tajuk skema nao. Selepas seminggu, doctor telefon aku suruh datang. Aku nervous juga la sebab takut kalau kena penyakit yang bukan-bukan. Doctor pon bagitahu aku keputusan biopsi tu dengan tenang. Memang macam takda papa jadi. Aku memang kena belajar ilmu nak jadi cool dengan doctor ni. 

" You have lymphoma but dont worry it's nothing. Its not a dangerous cancer but you cannot delay the treatment."Dr Karpal. Aku ternganga je sebab tak tahu nak react camne, aku kena nangis ke senyum je? Tapi, disebabkan otak aku teringat perkataan tidak bahaya tu, aku senyum je la. 

Petang tu aku kena doctor baru, pakar darah pula. Kali ni, cuna dan bangah teman aku, aku tak sengsorang dah jumpa doctor :).Hiks..




Oh ya, aku disahkan menghidap Hodgkin lymphoma. Gambar kat atas ada kena mengena, aku tak main letak je tao..hihi. Hodgkin lymphoma ni boleh dikesan jika terdapat 'Reed-Sternberg' sell kat sel badan kita. Sel badan kita tu dapat daripada biopsi yang aku buat minggu lepas. Hodgkin lymphoma ni jarang sangat orang kena tapi penyakit ini boleh sembuh dengan rawatan yang sesuai. 








No comments:

Post a Comment