Wednesday 17 July 2013

Bone marrow

Assalamualaikum

Bone marrow ni pekebenda pulak? hiks.. ni bahasa omputihnye, orang panggil amik air tulang sum-sum. Aku memang dari kanak-kanak dah puas dengar orang cakap bahaya ambil air tulang sum-sum ni. Sekali aku kena buat? Pasrah je la, nak buat macam mana. Ada jugak sok sek orang- orang sekeliling tak bagi aku buat tapi kalau nak sihat, ikut cakap doktor ye..




Bone marrow biopsy


Tadaa..camni la prosedur dia. Ada kisah dramatik masa aku nak buat bende alah ni, sampai doctor cakap "I tak pernah jumpa patient macam you", mana taknya, da masuk bilik bedah, kena keluar balik gara-gara doctor tak jumpa urat nak cucuk ubat bius. Semua urat yang dr cucuk failed, aku yang memang 'drama queen' dah nangis-nangis dah suruh berhenti. Doktor pun dah cuak tengok aku beria menangis, akhirnya tangguh jap sejam dua.

Doktor bius memang sweet gila, siap pujuk aku bagai nak rak. Akhirnya, berjaya jugak tapi guna jarum baby. Aku pun tak paham kenapa urat darah aku halus sangat. Aku pon masuk bilik bedah sekali lagi dengan emosi yang tak berapa stabil, masa cucuk bius tu sakit gila. Mungkin sebab guna jarum untuk baby, aku asyik cakap "pain,pain, i'm not kidd..." tak sempat cakap 'ding' aku dah tertido. Kih3..

Prosedur ambil air tulang sum-sum ni, kita kena lipat badan kita macam kat gambar atas nih. Kes aku, doctor ambil kat tepi pinggang. Kata orang, cucuk kat tepi tak sesakit kat tengah.

Tapi, engkorang kalau kena buat 'bone marrow' ni jangan takut. Setakat ni, alhamdulillah aku tak pernah rasa sakit kat tempat kena cucuk tu. Boleh je lari macam biasa. Sakit lepas buat tu pon sehari je. Aku kena sembahyang guna kerusi pon 2-3 hari je. 

Jadi, aku rasa mungkin persepsi mengenai ambil air tulang sum-sum selama ni diragui betul ke tidak. Kalau korang kena buat, jangan takut ok.


No comments:

Post a Comment