Wednesday 17 July 2013

Bone marrow

Assalamualaikum

Bone marrow ni pekebenda pulak? hiks.. ni bahasa omputihnye, orang panggil amik air tulang sum-sum. Aku memang dari kanak-kanak dah puas dengar orang cakap bahaya ambil air tulang sum-sum ni. Sekali aku kena buat? Pasrah je la, nak buat macam mana. Ada jugak sok sek orang- orang sekeliling tak bagi aku buat tapi kalau nak sihat, ikut cakap doktor ye..




Bone marrow biopsy


Tadaa..camni la prosedur dia. Ada kisah dramatik masa aku nak buat bende alah ni, sampai doctor cakap "I tak pernah jumpa patient macam you", mana taknya, da masuk bilik bedah, kena keluar balik gara-gara doctor tak jumpa urat nak cucuk ubat bius. Semua urat yang dr cucuk failed, aku yang memang 'drama queen' dah nangis-nangis dah suruh berhenti. Doktor pun dah cuak tengok aku beria menangis, akhirnya tangguh jap sejam dua.

Doktor bius memang sweet gila, siap pujuk aku bagai nak rak. Akhirnya, berjaya jugak tapi guna jarum baby. Aku pun tak paham kenapa urat darah aku halus sangat. Aku pon masuk bilik bedah sekali lagi dengan emosi yang tak berapa stabil, masa cucuk bius tu sakit gila. Mungkin sebab guna jarum untuk baby, aku asyik cakap "pain,pain, i'm not kidd..." tak sempat cakap 'ding' aku dah tertido. Kih3..

Prosedur ambil air tulang sum-sum ni, kita kena lipat badan kita macam kat gambar atas nih. Kes aku, doctor ambil kat tepi pinggang. Kata orang, cucuk kat tepi tak sesakit kat tengah.

Tapi, engkorang kalau kena buat 'bone marrow' ni jangan takut. Setakat ni, alhamdulillah aku tak pernah rasa sakit kat tempat kena cucuk tu. Boleh je lari macam biasa. Sakit lepas buat tu pon sehari je. Aku kena sembahyang guna kerusi pon 2-3 hari je. 

Jadi, aku rasa mungkin persepsi mengenai ambil air tulang sum-sum selama ni diragui betul ke tidak. Kalau korang kena buat, jangan takut ok.


PET scan

Assalamualaikum..

Amende PET scan tuh? hiks..ok, lepas aku jumpa doctor, dia pon bla..bla,, explain penyakit ni kat aku.. Tapi satu jer yang aku ingat,

AWAK KENA TERIMA HAKIKAT YANG AWAK SAKIT DAN FIKIR UNTUK SEMBUH

Tu jek? sebanarnya kalo engkorang nak tahu, berguna pesan ni sebab kalau orang yang tak terima hakikat, mesti dia tak nak ikut rawatan atau nangis je manjang. Tipu la kalau aku tak nangis, tapi aku nangis ala kadar je. Layankan hati..


PET scan



Ni la PET scan machine, lebih kurang CT scan tapi machine ni boleh bezakan antara sel hidup dan sel mati. Memang sempit gila jarak antara kita dengan bumbung benda ni. Kala sesiapa takut tempat sempit, susah gak tuh. Tapi tak payah beria sangat nak takut, ni kan kamera. aku siap senyum- senyum lagi masuk dalam ni.

Sekali scan, ambil masa 4 jam. Tapi takdenya kau duduk 4 jam dalam benda tuh. 4 jam tu termasuk cucuk jarum kat tangan (oang hospital cakap set line), makan panadol, masukkan radioactive dalam badan korang (masuk ikut line kat tangan tuh), rileks sejam dan masuk dalam mesin ni 20 minit.

Lepas sejam dah boleh tahu keputusan. Aku buat scan ni kat Beacon Cancer Specialist. Ada lagi hospital lain yang boleh scan ni, tapi yang aku jumpa kebanyakan pesakit daripada Pantai dan Gleaneagles. Mahal kot ek mesin nih, sebab tu kena tumpang hospital lain.



Keputusan Biopsi

Assalamualaikum.

Mak aii, tajuk skema nao. Selepas seminggu, doctor telefon aku suruh datang. Aku nervous juga la sebab takut kalau kena penyakit yang bukan-bukan. Doctor pon bagitahu aku keputusan biopsi tu dengan tenang. Memang macam takda papa jadi. Aku memang kena belajar ilmu nak jadi cool dengan doctor ni. 

" You have lymphoma but dont worry it's nothing. Its not a dangerous cancer but you cannot delay the treatment."Dr Karpal. Aku ternganga je sebab tak tahu nak react camne, aku kena nangis ke senyum je? Tapi, disebabkan otak aku teringat perkataan tidak bahaya tu, aku senyum je la. 

Petang tu aku kena doctor baru, pakar darah pula. Kali ni, cuna dan bangah teman aku, aku tak sengsorang dah jumpa doctor :).Hiks..




Oh ya, aku disahkan menghidap Hodgkin lymphoma. Gambar kat atas ada kena mengena, aku tak main letak je tao..hihi. Hodgkin lymphoma ni boleh dikesan jika terdapat 'Reed-Sternberg' sell kat sel badan kita. Sel badan kita tu dapat daripada biopsi yang aku buat minggu lepas. Hodgkin lymphoma ni jarang sangat orang kena tapi penyakit ini boleh sembuh dengan rawatan yang sesuai. 








Biopsi

Assalamualaikum..

Aku sambung cerita lepas jumpa doctor ek.. Lepas 10 hari aku datang balik hospital dengan bangganya sebab sakit dekat bahu aku dah hilang. So, aku dengan muka tersenyum riang pergi la jumpa doctor yang baik sangat nih. 

Doctor cakap "uwaa, good la you. Look so happy ha. But you have to do biopsy la. Your pain resolved but your neck glands still swollen". Aku terus :( dan macam biasa lah call sana, call sini. Makcik doctor aku cakap suruh ambil darah dulu. Aku pun terkedek-kedek jumpa doctor dulu nak buat blood test. Doctor taknak buat sebab dia cakap takda gunanya dek non, tapi disebabkan aku degil gak, aku buat je la ujian darah tu dan postpoe biopsi tu seminggu. Yelah, doctor nak buat biopsi tu esok juga. Tak terkejut aku, tak pernah i kena potong-potong ni.


Tadaa.. ni la biopsi. Gambar ni hiasan je ok, tapi ngeri juga ek, nasib baik aku tak tengok sebelum buat biopsi. Aku memang berani gila masa nak buat biopsi tu sebab doctor asyik cakap small matter je, so aku pon rasa small matter je la. 

31 Jan 2013

Ni lah tarikh aku buat biopsi. Pukul 7 pagi aku terpacak dekat lobi, tu pon doctor siap jemput aku dan bebel cakap aku lambat? Afiq aka adik aku hantar aku kat lobi je sebab dia kerja. Dah la pengalaman pertama aku kena bedah, aku sengsorang jek? sobs..sobs..

Aku masuk wad dulu sebab kena tukar baju bagai dan aku yang berani gila tiba-tiba dah jadi takut, macam tikus kena kejar ngan kucing.. Jadi, aku telefon la semua yang berkaitan seperti mama, ayah, nenek, etc. Untuk hilangkan takut, aku bebel-bebel dekat jiran sebelah katil, nasib baik dia bagi aku semangat, chaiyok!!

Lepas sedar je, aku tengok dah ada balut kat bahu aku, dan sampel tisu tu dia da bawak pergi makmal. Lagi seminggu aku sudah boleh tahu sakit apa. 

Terima kasih pada family dan kawan-kawan yang datang hilangkan bosan aku. Baru aku tahu betapa pentingnya melawat orang sakit nih. Hiks..


Hospital mana nak pergi?

Assalamualaikum..

Hospital mana kita nak pergi tu penting sebenarnya, tapi aku main redah je. Akhirnya semua benda aku buat kat hspital ni, senang. Sebab susah nak tukar-tukar hospital lak kan.



Pantai Medical Centre, KL

Ok, bila aku dapat je surat rujukan untuk pergi hospital, aku terus google hospital mana nak kena pergi. Yelarh, aku tak pernah gi hospital kot. Sebab sebenarnya, aku jarang sangat sakit and jarang sangat gi klinik. So, disebabkan ambil kira lokasi rumah aku yang berdekatan, aku ambil keputusan esok pagi-pagi aku aku dah kena terpacak kat Hospital Pantai KL, kat bangsar tu.

Aku ingatkan kena datang cepat-cepat sebab kena beratur amik nombor, punyalah pukul 7 pg aku da sampai. Hamik ko, 2 jam kena tunggu kat kafe sebab klinik bukak pukul 9pg. Pastu, aku jumpa la doctor, korang boleh pilih nak jumpe doctor mana atau pergi je kat bahagian kecemasan dan diorang akan referkan nak jumpa doctor mana.

Kalau korang ada neck glands macam aku ni, ada 3 kemungkinan penyakit tak silap aku, 

1) Lymphoma
2) Tibi
3) Virus biasa

Disebabkan doctor tengok aku segar bugar, doctor cakap aku kena virus biasa saja. Dia bagi aku antibiotik 'Augmentin' untuk 10 hari. " You meet me after 10 days ok", doctor pesan.

Aku pun balik ler ngan antibiotik tuh dan berharap tiada apa-apa akan berlaku.



Lymphoma

Assalamualaikum..




Dari sehari ke sehari aku rancang nak tulis blog ni semata-mata nak share pengalaman aku sebagai pesakit lymphoma. Masa mula-mula dr cakap aku kena lymphoma ni, muka aku berkerut seribu bukan sebab sedih, tapi sebab tak faham sakit apa nih?

Lymphoma tu apa? 

Ok, lymphoma ni sebenarnya penyakit kanser, dia masuk dalam group kanser darah. Sebab tu sesiapa yang kena lymphoma ni kena jumpe hematologist (pakar darah ). Ikut pengetahuan aku, lymphoma ni terbahagi kepada 2, hodgkin dan non-hodgkin. Bezanya adalah sel yang exist masa diorang buat test.

Apa simptoms?

Macam kes aku, ada benjolan kat bahu kiri aku, or we can called it as neck glands. Tapi tak semua orang ada tanda-tanda yang sama. Pastu, aku selalu demam malam dan bila nak subuh aku berpeluh-peluh. Sebenarnya, aku tak perasan pon yang aku demam malam, sebab bila nak tengah malam aku macam pening-pening, pastu sibok tampal cool fever. Satu lagi, aku selalu sesak nafas.

Jadi, kalau ada apa-apa benjolan atau kelenjar, baik pergi jumpa doctor cepat-cepat. Kalau tak puas hati, sebaiknya terus mintak surat rujukan ke hospital. Ikut pengalaman aku, sebenarnya aku dah pergi 4 klinik sebelum aku pergi hospital. Doctor-doctor yang bijak pandai kat 3 klinik cakap aku stress kerja sebab tu ada benjolan, lagi-lagi aku jumpa sekali dengan lenguh badan dan demam. Alhamdulillah, disebabkan benjolan ni da sakit sangat sampai aku tak boleh pusing kepala, klinik yang ke-4 cakap bahaya dah ni, terus suruh aku pergi hospital.



Camni lah lebih kurang, cuma aku punya bengkak tu kat bahu. Macam yang selalu kena kat budak-budak demam. Kalau nak tahu benjolan tu bahaya ke tidak, benjolan itu tidak sakit dan static kat tempat tu je.

Next entry aku cerita pengalaman aku masa mula-mula nak detect lymphoma ni ok. Peace :)